KEDAULATAN PULAU BATU PUTIH (PEDRA BRANCA), Middle Rocks and South Ledge …..

Apabila membicarakan tentang kedaulatan (sovereignty), ia semestinya bersangkutan dengan keutahan wilayah di sesuatu negara. Aspek ini menjadikan sebuah negara yang berdaulat seperti Malaysia sebagai sebuah wilayah bebas mengatur dan mengurus tadbir negaranya tanpa ada sekelumit kecil percaturan pentadbiran asing di wilayah ini. Lantaran daripada slogan semangat kemerdekaan, nasionalisme sehingga kepada pemahaman agama yang mendalam diterjemahkan kepada ‘sanggup berkorban demi agama, bangsa, dan negera’.

Konteks ini juga menyokong perjuangan warisan panglima-panglima dari bumi Malaya bagi membolehkan seantero rakyat dan anak bangsa mereka merasai nikmat kemerdekaan serta hidup di Negara sendiri dalam keadaan aman dan damai. Nyata, semangat penyatuan seluruh kaum di bumi ini membolehkan kemerdekaan dicapai seterusnya mengundang cabaran yang bakal digalas oleh anak muda generasi selepas kemerdekaan.

Negara jiran khususnya, Singapura dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dengan Malaysia. Boleh dianalogikan, hubungan Negara jiran ini seperti hubungan abang dan adik. Biasanya, hubungan adik beradik semakin goyah seandainya mereka ini bertelingkah sesama sendiri dan menyepikan diri walaupun mereka mahu berbincang bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Ironisnya, hubungan antara Negara jiran yang pernah tercalar dengan beberapa insiden yang menyedihkan, tampak pulih dengan adanya jalinan hubungan diplomatik.

Justeru, kronologi pertindihan maritim dan darat antara Malaysia dengan Negara jiran bermula apabila munculnya Peta Malaysia 1979 (peta baru). Kelangsungan itu, negara-negara jiran membantah dan seterusnya mempersoalkan status peta berkenaan yang dikatakan diisytihar secara unilateral.

Kemenangan Malaysia atas Pulau Sipadan dan Ligitan pada 17 Disember 2002 berdasarkan kepada prinsip ‘effectivitee’ sebenarnya menjadi titik tolak sebagai ‘cabaran dalam kemenangan’ bagi mengekalkan keutuhan wilayahnya. Pihak berwajib serta rakyat perlu menyedari hakikat ‘anugerah’ ini dan seterusnya menghargainya dengan melaksanakan secara bersama prosedur-prosedur dan penguatkuasaaan akta dan ordinan sedia ada yang melibatkan penjagaan dan pemuliharaan sistem ekologi marin di pulau-pulau berkenaan. Pengekalan keindahan flora dan fauna di sekitar perairan ini perlu dijaga daripada sebarang bentuk pencerobohan bagi menjadikannya sebuah warisan dunia (world heritage) di mana keindahannya kekal menggamit pelancong dari seantero dunia di setiap masa.

Pertindihan tuntutan Pulau Batu Putih, dilihat lebih menarik. Ini kerana, Malaysia dan Singapura pernah duduk di sebumbung walaupun tidak dapat bertahan lama. Namun, pertalian hubungan antara dua negara ini kekal utuh dalam memastikan keamanan di sekitar rantau ini dapat dikekalkan. Jalinan yang sedia wujud membabitkan pengawalan perairan dan keselamatan pengemudi kapal di Selat Melaka dan Tebrau menjadi batu asas kepada perundingan yang membabitkan dua negara ini.

Usaha kedua-dua buah Kerajaan dalam mengemukakan hujah-hujah bagi mendapat kepercayaan International Court of Justice (ICJ) untuk menguasai pulau ini amat dihargai oleh rakyat-rakyatnya. Justeru, segala usaha yang terbaik telah diberikan dan terserah kepada ICJ menentukan hak dan kedaulatan pulau berkenaan. Situasi ini perlu difahami oleh segenap lapisan masyarakat di kedua-dua negara. Seharusnya, masyarakat Malaysia dan Singapura perlu akur dengan keputusan dan ketetapan yang telah diputuskan.

Akhirul kalam, bersama-sama kita berdoa agar kedaulatan Pulau Batu Putih, Middle Rocks and South Ledge kekal menjadi hak dan milik Malaysia. Semoga Allah merahmati Malaysia hendaknya…

Wallahua’lam.

Firman Allah swt:

Dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Hendaklah kamu bersikap adil kerana ianya lebih hampir kepada taqwa. (Surah al Maidah: 8)

Advertisements

2 Responses to “KEDAULATAN PULAU BATU PUTIH (PEDRA BRANCA), Middle Rocks and South Ledge …..”

  1. orang laut Says:

    semoga Allah beri kemudahan dan kejayaan kepada Malaysia…bumiku dan tanah airku

  2. buaya air masin Says:

    Allah leads us…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: