Terima dengan hati terbuka…

JOHOR BAHRU 13 Mei – Kerajaan Johor dan rakyatnya bersedia mengiktiraf apa jua keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih antara Malaysia dan Singapura ke atas Pulau Batu Putih pada 23 Mei ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, walaupun isu tuntutan tersebut amat dekat di hati rakyat negeri ini namun tidak timbul soal tidak boleh menerima keputusan itu jika ia tidak menyebelahi Malaysia.

“Apabila kedua-dua negara memilih ICJ sebagai tempat rujukan maka setiap keputusan akan diterima oleh kerajaan negeri dan rakyatnya,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dengan Telekom Malaysia Bhd. (TM) dan MSC Cyberport Sdn. Bhd. di Menara MSC Cyberport di sini hari ini.

Mahkamah tersebut dijangka mengeluarkan keputusan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge antara Malaysia dan Singapura pada 23 Mei ini.

Keputusan tersebut akan menamatkan pertikaian berhubung tuntutan pulau tersebut setelah enam bulan pendengaran lisan dikemukakan oleh pasukan kedua-dua negara di The Hague, Belanda sejak tahun lalu.

Abdul Ghani memberitahu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dijadual menghadap Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail pada Khamis ini bagi menjelaskan isu-isu berkaitan tuntutan tersebut sebelum keputusannya diperoleh 23 Mei ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Abdul Latiff Yusof dan pegawai-pegawai dari pejabat tanah negeri akan berlepas ke Belanda bagi mendengar keputusan itu.

Kedua-dua negara berjiran tersebut mengemukakan tuntutan terhadap kedaulatan pulau kecil yang menjadi rebutan sejak 1980 kepada ICJ pada Februari 2003.

Pendengaran lisan terhadap tuntutan itu bermula pada 6 November lalu dan kedua-dua negara berikrar untuk mematuhi keputusan ICJ.

Pasukan Malaysia dan Singapura yang terdiri daripada peguam dan diplomat melakukan pendengaran lisan berhubung tuntutan berkenaan di Belanda dari 6 hingga 23 November tahun lalu.

Isu tuntutan bertindih ke atas pulau itu timbul apabila Singapura mula mempertikaikan kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Putih pada 1980, 25 tahun selepas berpisah dengan Malaysia.

Wisma Putra telah berusaha menyelesaikan pertikaian itu sejak lebih sedekad lalu dengan perbincangan dua hala yang pertama diadakan pada 1993 dan kedua pada 1994.

Kedua-dua perbincangan itu bagaimanapun tidak berjaya menyelesaikan pertikaian tersebut.

Sehubungan itu, satu perjanjian khas ditandatangani pada 6 Februari 2003 oleh kedua-dua negara untuk membawa isu tersebut ke ICJ bagi menyelesaikan pertikaian mengenainya.

Dengan termeterainya perjanjian itu, keputusan berhubung kedaulatan pulau tersebut serta dua lagi pulau batu berhampirannya akan ditentukan oleh mahkamah berkenaan. – utusan malaysia online

Advertisements

One Response to “Terima dengan hati terbuka…”

  1. anak jati johor Says:

    dengar criter; pemimpin da gi jumpa Sultan Johor… any info about it???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: