Pulau Batu Putih Milik Malaysia…

JOHOR BAHRU 15 Mei – Wisma Putra yakin keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda mengenai tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura yang akan diumumkan pada 23 Mei ini, akan berpihak kepada negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keyakinan itu bersandarkan hujah dan fakta yang dikemukakan pasukan pakar perundangan negara sepanjang prosiding yang bermula 6 hingga 23 November tahun lalu.

Menurutnya, segala fakta itu berkait rapat dengan sejarah, perjanjian, hujah kependudukan dan kawalan serta terma menurut rekod yang ada pada Malaysia.

“Kesungguhan pasukan kita dengan semangat serta nilai yang tinggi menjurus ke arah kemenangan Malaysia,” katanya selepas taklimat tertutup Isu Kedaulatan Batu Putih kepada kerajaan Johor di sini hari ini.

Turut hadir pada taklimat lebih sejam itu ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, ahli Exco kerajaan negeri serta ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Johor.

Rais kemudian turut menghadap Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail di Istana Bukit Serene tengah hari ini berhubung kes pulau tersebut. – utusan malaysia online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: