POLEMIK DR.M… TEST MARKET… PULAU BATU PUTIH…?

Pengumuman Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 menimbulkan reaksi berbeza pemimpin tertinggi parti politik di tanah air. Ada yang menyambut baik keputusan ini dan malah ada yang mencerca dan menyalahkan Tun yang menyebabkan kegagalan UMNO dalam PIRU12 seterusnya menyifatkan tindakan keluar parti adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Kelangsungan dari tsunami politik yang melanda negara ini setelah 50 tahun bahtera kemerdekaan dilayarkan, UMNO kini berada dalam kancah pergelutan perubahan imej dan perjuangan serta kini kesetiaan ahlinya dipersoalkan. Nyata sekali, lumrah alam ciptaan Ilahi ‘tiada yang kekal di alam fana ini’. Lantaran itu, timbul persoalan, adakah UMNO kini perlu direform atau ‘terkubur’ setelah gah mengurus tadbir negara selama 50 tahun?

Pak Lah yang dahulunya sinonim dengan gelaran Mr. Clean, kini berhadapan dengan mantan PM yang melantiknya sebagai penggantinya. Ironisnya, perlantikan ini dibuat setelah Tun menyatakan bahawa beliau amat mengenali Pak Lah. Sesuatu yang amat memeranjatkan… Tempoh perjawatan selama 4 tahun, Pak Lah sering dibayangi oleh mantan PM itu. Kenapa Tun tidak bersetuju dengan beberapa tindakan Pak Lah? Apakah tindakan Pak Lah yang menyebabkan Tun sudah tawar hati dengan UMNO…? Adakah orang Melayu kini sudah berpecah belah…? Adakah kini PAS dan PKR bertepuk tangan dan menghulur tangan kepada Tun?

Kapal Karam Tinggalan Warisan

Orang Melayu masih kuat sekuat anak-anak kapal menongkah arus ombak. Cuma, mungkin sudah ‘meluat’ dengan nakhoda sahaja. Pasti, kekeruhan yang menjelma tampak kesan daripada tindakan Tun keluar daripada kapal ini juga akan turut disertai oleh anak-anak kapal lain yang tidak setia dengan sang nakhoda.

Sayugianya, ‘signal’ yang diberikan oleh Tun jelas lagi terang. Tun mengharapkan agar pemimpin tertinggi UMNO sedar dan perlu melakukan sesuatu bagi memulihkan kredibiliti UMNO dalam memperjuangkan orang Melayu. Dalam keterpaksaaan, orang UMNO kini mula berfikir dan mencari halatuju masing-masing. Membina jaringan kekuatan daya saing bersama parti-parti orang Melayu yang lain iaitu PAS dan PKR. Menjengah pembangunan sisa modal insan yang ditinggalkan.

Singa Menunggu Peluang Keemasan

Sekali lagi, isu pertindihan maritim Pulau Batu Putih (Pedra Branca) di antara dua negara jiran. Singapura pasti menunggu saat yang menggembirakan apabila kestabilan politik negara diuji lagi. Pelabur-pelabur asing mula menyemak semula perkiraan mereka untuk terus melabur di negara ini.

Tinggal beberapa hari lagi, keputusan International Court of Justice (23 Mei 2008, jam 4 ptg) diumumkan. Rakyat seharusnya sedar dan bersatu hati dalam mempertahankan kedaulatan negara. Isu yang bertahun lama ini perlu dirungkaikan dengan menimbang perasaan rakyat di kedua-dua negara.

Lantaran itu, tidak kira bangsa, agama dan ideologi kita harus bersama membina sebuah negara yang berdaulat, aman dan makmur. Bagi muslimin, Allah swt memberi peringatan sebagaimana yang dirakam di dalam firmanNya:

“…. seseungguhnya, bumi ini akan diwarisi kepada hamba-hambaKu yang soleh”

al-anbiya’ 105

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: