Batu Putih: Malaysia-Singapura tubuh jawatankuasa bersama

KUALA LUMPUR 21 Mei – Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan jawatankuasa teknikal bersama bagi menangani apa sahaja isu yang berbangkit ekoran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jawatankuasa itu akan memastikan kepentingan bersama Malaysia dan Singapura seperti rumah api dan kawasan penangkapan ikan akan dirumus, diurus dan ditadbir mengikut lunas-lunas pentadbiran antarabangsa tanpa mengira pihak mana yang menang.

‘‘Sebagai contoh, sekiranya Malaysia menang, rumah api di pulau itu perlu ditentukan statusnya tentang siapa yang berhak menjaganya atau apakah kita akan benarkan Singapura uruskannya.

‘‘Begitu juga dengan kawasan penangkapan di pulau-pulau itu, siapa yang akan mengawasinya. Ini adalah antara yang kita lihat penting untuk ditangani.

‘‘Jadi jawatankuasa ini mustahak peranannya dan Perdana Menteri bersetuju supaya Malaysia diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu Rais menyampaikan taklimat mengenai kes Pulau Batu Putih yang akan diumumkan keputusannya Jumaat ini kepada anggota-anggota Parlimen termasuk daripada parti pembangkang di bangunan Parlimen sewaktu sesi rehat tengah hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut hadir.

Jumaat ini, ICJ akan menentukan keputusan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge antara Malaysia dan Singapura.

Sementara itu, Rais berkata, Perdana Menteri sendiri merasakan bahawa moral untuk mendapat keputusan yang baik ada di sisi Malaysia.

Menurut Rais, ada kemungkinan ketiga-tiga pulau berkenaan diputuskan oleh ICJ bukan secara mutlak milik mana-mana negara.

‘‘Maksudnya, boleh jadi juga daripada tiga pulau yang dituntut itu dua milik Malaysia, satu milik Singapura atau sebaliknya dengan ketiga-tiganya bukan milik kita atau Singapura,” katanya. -utusan online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: