Protes!!! vs Sodomy

Laporan Polis berkenaan Kes Liwat Anwar Ibrahim yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari b. Azlan pada 28 Jun 2008 membuka mata semua pihak. Ada mengatakan ini merupakan ‘drama semula’ yang berulang bagi menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim dan ada pula yang mendakwa Anwar Ibrahim pandai mengambil kesempatan ruang dan waktu untuk meraih simpati rakyat.

Selang beberapa hari kemudian setelah Anwar keluar daripada tempat persembunyian (Kedutaan Turki), beliau terus menafikan penglibatan beliau dalam kes ini dan mendakwa terdapat ancaman bunuh sehingga beliau terpaksa berlindung di kedutaan Turki. Anwar yang terkenal sebagai ‘the great spinner’ dengan lantang mendakwa Laporan Liwat ini dibuat setelah UMNO mengetahui 4 ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat dan pengisytiharan beliau akan bertanding pilihanraya kecil tidak lama lagi.

Dalam laporan polis yang dibuat oleh Saiful, “Saya Mohd Saiful Bukhari b. Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya” jelas memperlihatkan bahawa situasi ini berlaku dengan secara paksa atau tanpa kerelaan Saiful. Dalam erti kata lain, kes ini sama seperti dakwaan kes rogol yang menuntut agar semua pembuktian dibuat di mahkamah biasa.

Apa yang dapat dilihat, Anwar serta-merta mendakwa wujudnya konspirasi politik dengan mengheret Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ke gelenggang yang diatur oleh beliau sendiri. Keadaan ini juga bertujuan mewujudkan kesangsian masyarakat terhadap sistem kehakiman dan kepolisian negara yang merupakan 2 tonggak penguatkuasaan undang-undang di negara ini. Dalam erti kata lain, beliau telah menghukum polis dan badan kehakiman yang akan membuat siasatan dan pendakwaan.

Terbaru, tindakan Anwar merujuk perkara ini di Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI) di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Qazaf) dilihat seakan-akan mengalih bebaban tangunggjawab kepada Saiful.

Protes Yang diProtes!

Pada 6 Julai 2008, rakyat Malaysia dihidangkan dengan hiburan underground yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh pimpinan PAS Dr. Hatta Ramli dan dihadiri oleh majoriti ahli PAS. Tiada ciri-ciri islamik ditonjolkan melainkan selepas artis underground berhempas pulas menghiburkan hadirin yang datang, dianjurkan pula solat berjemaah beramai-ramai di padang berkenaan sedangkan jarak masjid yang melaungkan azan di kawasan berkenaan hanya dalam lingkungan 500 meter.

Anwar sekali lagi menipu rakyat yang hadir ke perhimpunan tersebut. Beliau yang sebelum ini menghebahkan akan membuat pengumuman penting berkenaan 4 ahli BN yang melompat parti dan pengisytiharan bertanding di pilihanraya kecil bertukar menjadi majlis penerangan isu yang melibatkan dirinya sendiri. Perkara ini bukan sahaja berlaku sekali tetapi berulang kali sebelum ini dan layaklah Anwar digelar ‘tukang karut terbaik’.

Kini, PAS yang melaungkan Islam sebagai batu asas perjuangan terpaksa akur dengan kehendak dan kemahuan rakan-rakan sosialis di dalam Pakatan Rakyat. Mereka tampak lebih berkuasa dan gah di pentas yang dikepalai oleh Hishamuddin Rais sehinggakan peranan Dr. Hatta Ramli sebagai Pengerusi Jawatankuasa penganjur dibelakangkan. Situasi PAS kini yang mana tenaga penggerak dan pesertanya yang dikerah hadir ke perhimpunan berkenaan hampir menampakkan hasilnya dan kini, Anwar berjaya memperkuda dan mengeksploitasi PAS dengan baik dan terancang. Jelas, Pakatan Rakyat mempunyai masalah untuk duduk semeja sebagai sebuah Kerajaan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: