Archive for the Uncategorized Category

Protes!!! vs Sodomy

Posted in Uncategorized on July 18, 2008 by ghaffari0305

Laporan Polis berkenaan Kes Liwat Anwar Ibrahim yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari b. Azlan pada 28 Jun 2008 membuka mata semua pihak. Ada mengatakan ini merupakan ‘drama semula’ yang berulang bagi menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim dan ada pula yang mendakwa Anwar Ibrahim pandai mengambil kesempatan ruang dan waktu untuk meraih simpati rakyat.

Selang beberapa hari kemudian setelah Anwar keluar daripada tempat persembunyian (Kedutaan Turki), beliau terus menafikan penglibatan beliau dalam kes ini dan mendakwa terdapat ancaman bunuh sehingga beliau terpaksa berlindung di kedutaan Turki. Anwar yang terkenal sebagai ‘the great spinner’ dengan lantang mendakwa Laporan Liwat ini dibuat setelah UMNO mengetahui 4 ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat dan pengisytiharan beliau akan bertanding pilihanraya kecil tidak lama lagi.

Dalam laporan polis yang dibuat oleh Saiful, “Saya Mohd Saiful Bukhari b. Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya” jelas memperlihatkan bahawa situasi ini berlaku dengan secara paksa atau tanpa kerelaan Saiful. Dalam erti kata lain, kes ini sama seperti dakwaan kes rogol yang menuntut agar semua pembuktian dibuat di mahkamah biasa.

Apa yang dapat dilihat, Anwar serta-merta mendakwa wujudnya konspirasi politik dengan mengheret Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ke gelenggang yang diatur oleh beliau sendiri. Keadaan ini juga bertujuan mewujudkan kesangsian masyarakat terhadap sistem kehakiman dan kepolisian negara yang merupakan 2 tonggak penguatkuasaan undang-undang di negara ini. Dalam erti kata lain, beliau telah menghukum polis dan badan kehakiman yang akan membuat siasatan dan pendakwaan.

Terbaru, tindakan Anwar merujuk perkara ini di Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI) di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Qazaf) dilihat seakan-akan mengalih bebaban tangunggjawab kepada Saiful.

Protes Yang diProtes!

Pada 6 Julai 2008, rakyat Malaysia dihidangkan dengan hiburan underground yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh pimpinan PAS Dr. Hatta Ramli dan dihadiri oleh majoriti ahli PAS. Tiada ciri-ciri islamik ditonjolkan melainkan selepas artis underground berhempas pulas menghiburkan hadirin yang datang, dianjurkan pula solat berjemaah beramai-ramai di padang berkenaan sedangkan jarak masjid yang melaungkan azan di kawasan berkenaan hanya dalam lingkungan 500 meter.

Anwar sekali lagi menipu rakyat yang hadir ke perhimpunan tersebut. Beliau yang sebelum ini menghebahkan akan membuat pengumuman penting berkenaan 4 ahli BN yang melompat parti dan pengisytiharan bertanding di pilihanraya kecil bertukar menjadi majlis penerangan isu yang melibatkan dirinya sendiri. Perkara ini bukan sahaja berlaku sekali tetapi berulang kali sebelum ini dan layaklah Anwar digelar ‘tukang karut terbaik’.

Kini, PAS yang melaungkan Islam sebagai batu asas perjuangan terpaksa akur dengan kehendak dan kemahuan rakan-rakan sosialis di dalam Pakatan Rakyat. Mereka tampak lebih berkuasa dan gah di pentas yang dikepalai oleh Hishamuddin Rais sehinggakan peranan Dr. Hatta Ramli sebagai Pengerusi Jawatankuasa penganjur dibelakangkan. Situasi PAS kini yang mana tenaga penggerak dan pesertanya yang dikerah hadir ke perhimpunan berkenaan hampir menampakkan hasilnya dan kini, Anwar berjaya memperkuda dan mengeksploitasi PAS dengan baik dan terancang. Jelas, Pakatan Rakyat mempunyai masalah untuk duduk semeja sebagai sebuah Kerajaan…

DARUL FUQAHA, SG. MERAB BANGI

Posted in Uncategorized on July 2, 2008 by ghaffari0305

DANA WAKAF DIPERLUKAN SEGERA UNTUK PEMBELIAN TANAH SELUAS 4 EKAR. RM 30 UNTUK 1 KAKI PERSEGI. AKAUN BANK ISLAM “DANA PEMBANGUNAN DARUL FUQAHA ” 12029010045684″

MOHON SEBARKAN

Kewajipan Menceriakan Pergaulan
Berdasarkan hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam’ (Riwayat Baihaqi)

Malaysia perlu contohi Indonesia…?

Posted in Uncategorized on May 29, 2008 by ghaffari0305

Ikut Perlembagaan Malaysia…

Posted in Uncategorized on May 28, 2008 by ghaffari0305

Prof. Aziz Bari (IIUM)

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) – Professor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Aziz Bari berkata, tindakan membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan semula sekarang adalah bertentangan dengan peruntukan dan semangat Perlembagaan.

“Segala peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diterokai terlebih dahulu sebelum mengadakan pilihan raya sekali lagi,” katanya kepada Harakah, mengulas kemungkinan berlakunya pilihan raya umum tergempar ekoran keadaan politik yang tidak menentu dalam negara sekarang.

Pakar Perlembagaan itu berkata, prosedur yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan mesti terlebih dahulu digunakan dan ini merupakan salah satu alasan mengapa pilihan raya bukan cara terbaik untuk diambil sekarang.

Bahkan katanya, pilihan raya bukanlah kaedah yang sesuai untuk keadaan sekarang.

Baru-baru ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya umum tergempar.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Haji Wan Ahmad Wan Omar pula dilaporkan berkata, pilhan raya tergempar boleh diadakan bila-bila masa daripada sekarang.

Dua minggu lepas menteri kabinet, Dato’ Shahrir Abdul Samad memberitahu ahli Umno supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya baru berikutan kejutan yang dibuat oleh bekas presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamed keluar parti.

Aziz tidak bersetuju dengan pandangan Wan Ahmad kerana biarpun Perdana Menteri mempunyai kebebasan untuk memohon supaya parlimen dibubarkan, namun kata putus adalah pada tangan Yang di-Pertuan Agong.

“SPR telah mewujudkan pandangan yang salah bahawa kerajaan mempunyai kebebasan untuk sewenang-wenangnya mengadakan pilihan raya umum,” katanya.

Beliau memberikan dua alasan mengapa pembubaran parlimen dan pilihan raya tidak perlu diadakan.

Pertama katanya, buat masa ini wujud kerajaan alternatif yang berpotensi iaitu Pakatan Rakyat. Agong perlu tunggu sehingga proses melompat parti selesai dan kemudian mengarahkan kerajaan sekarang melepaskan kuasa seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 43(4). Dan kemudian Agong akan melantik kerajaan baru di bawah Artikel 43(2)(a) dan (b).

Kedua katanya, pilihan raya umum baru sahaja diadakan iaitu pada Mac lalu. Walaupun kerajaan berada dalam keadaan terumbang-ambing, Agong perlu menggalakkan ia dibentuk semula melalui parlimen sedia ada. – mns -harakahdaily.net-28 Mei 2008

POLEMIK DR.M… TEST MARKET… PULAU BATU PUTIH…?

Posted in Uncategorized on May 20, 2008 by ghaffari0305

Pengumuman Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 menimbulkan reaksi berbeza pemimpin tertinggi parti politik di tanah air. Ada yang menyambut baik keputusan ini dan malah ada yang mencerca dan menyalahkan Tun yang menyebabkan kegagalan UMNO dalam PIRU12 seterusnya menyifatkan tindakan keluar parti adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Kelangsungan dari tsunami politik yang melanda negara ini setelah 50 tahun bahtera kemerdekaan dilayarkan, UMNO kini berada dalam kancah pergelutan perubahan imej dan perjuangan serta kini kesetiaan ahlinya dipersoalkan. Nyata sekali, lumrah alam ciptaan Ilahi ‘tiada yang kekal di alam fana ini’. Lantaran itu, timbul persoalan, adakah UMNO kini perlu direform atau ‘terkubur’ setelah gah mengurus tadbir negara selama 50 tahun?

Pak Lah yang dahulunya sinonim dengan gelaran Mr. Clean, kini berhadapan dengan mantan PM yang melantiknya sebagai penggantinya. Ironisnya, perlantikan ini dibuat setelah Tun menyatakan bahawa beliau amat mengenali Pak Lah. Sesuatu yang amat memeranjatkan… Tempoh perjawatan selama 4 tahun, Pak Lah sering dibayangi oleh mantan PM itu. Kenapa Tun tidak bersetuju dengan beberapa tindakan Pak Lah? Apakah tindakan Pak Lah yang menyebabkan Tun sudah tawar hati dengan UMNO…? Adakah orang Melayu kini sudah berpecah belah…? Adakah kini PAS dan PKR bertepuk tangan dan menghulur tangan kepada Tun?

Kapal Karam Tinggalan Warisan

Orang Melayu masih kuat sekuat anak-anak kapal menongkah arus ombak. Cuma, mungkin sudah ‘meluat’ dengan nakhoda sahaja. Pasti, kekeruhan yang menjelma tampak kesan daripada tindakan Tun keluar daripada kapal ini juga akan turut disertai oleh anak-anak kapal lain yang tidak setia dengan sang nakhoda.

Sayugianya, ‘signal’ yang diberikan oleh Tun jelas lagi terang. Tun mengharapkan agar pemimpin tertinggi UMNO sedar dan perlu melakukan sesuatu bagi memulihkan kredibiliti UMNO dalam memperjuangkan orang Melayu. Dalam keterpaksaaan, orang UMNO kini mula berfikir dan mencari halatuju masing-masing. Membina jaringan kekuatan daya saing bersama parti-parti orang Melayu yang lain iaitu PAS dan PKR. Menjengah pembangunan sisa modal insan yang ditinggalkan.

Singa Menunggu Peluang Keemasan

Sekali lagi, isu pertindihan maritim Pulau Batu Putih (Pedra Branca) di antara dua negara jiran. Singapura pasti menunggu saat yang menggembirakan apabila kestabilan politik negara diuji lagi. Pelabur-pelabur asing mula menyemak semula perkiraan mereka untuk terus melabur di negara ini.

Tinggal beberapa hari lagi, keputusan International Court of Justice (23 Mei 2008, jam 4 ptg) diumumkan. Rakyat seharusnya sedar dan bersatu hati dalam mempertahankan kedaulatan negara. Isu yang bertahun lama ini perlu dirungkaikan dengan menimbang perasaan rakyat di kedua-dua negara.

Lantaran itu, tidak kira bangsa, agama dan ideologi kita harus bersama membina sebuah negara yang berdaulat, aman dan makmur. Bagi muslimin, Allah swt memberi peringatan sebagaimana yang dirakam di dalam firmanNya:

“…. seseungguhnya, bumi ini akan diwarisi kepada hamba-hambaKu yang soleh”

al-anbiya’ 105